Wednesday, October 28, 2009

FIRST LOVE

Cinta pandangan pertama. Selalu dikaitkan dengan cinta sejati. Cinta yang tidak mengenal usia, bangsa, keturunan dan agama.

Alkisahnya, seorang jejaka ini mempunyai seorang isteri yang sangat setia dan telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun. Kalau dikutkan, mereka ini telah bercinta sejak bertemu di POLISAS. Persahabatan pun telah terjalin sejak tahun 1998-2005 (bertunang) dan berkahwin tahun 2005 sehingga kini.

Sejak 2 bulan lepas, perubahan ketara dapat di lihat pada diri sang suami. Kelakuan pun dah berlainan daripada biasa. Bila si isteri bertanya, abang ada masalah ke ? Jawapan yang suami beri, tak ada apa-apa. Tetapi perangai si suami nampak begitu resah dan gelisah. Rupa-rupanya si suami mencari balik teman wanita yang pernah dicintainya. Hanya kerana mimpi, si suami mencari balik teman wanita nya itu.

Yang wanita tu pula, pun sudah mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang anak. Si suami pula, tidak patut mencari balik teman wanitanya. Kerana, ini akan menimbulkan pelbagai masalah. Bukan itu saja, kecurangan pun berlaku. Kesetiaan terhadap suami/isteri akan menjadi masalah sehingga menyebabkan penceraian berlaku.

Disini, saya ingin ingatkan orang yang ada dimana-mana, jangan sesekali mencari balik teman wanita/lelaki yang telah lama dilupakan. Sebaliknya, jadikan ianya sebagai kenangan yang manis dan berharga dalam diri masing-masing.

Kahwin sekali, hidup sekali......setia pada yang satu.

No comments:

Post a Comment