Thursday, October 15, 2009

Anak


Anak !....perkataan anak, kadang kala membuatkan diri kita dalam keadaan serba salah. Sama ada ingin atau tidak. Kadang-kadang mambuatkan diri kita rasa tertekan. Kalau tak nak anak, kasihan pula kat si suami, kalau ada anak pun susah juga. Kerana keadaan semasa yang membuat diri kita serba salah.

Ingin anak ? Aya....kena fikir masak-masak. Sebab kenapa jika kita ada anak.
- Pertama sekali, tempoh kita nak jaga anak dari bayi sampai besar dan boleh hidup berdikari terlalu lama.
- Kedua, perbelanjaan dapur, perubatan, persekolahan dan sebagainya tinggi.
- Ketiga, jika berlaku peperangan, kebuluran....tak sanggup nak melihat anak-anak dalam
keadaan kelaparan dan dahaga.
- Keempat, bila anak dah dewasa, anak mungkin akan tinggalkan orang tua nya di pusat penjagaan orang tua.
- Kelima, jika berlaku malapetaka, kita tak sanggup melihat anak-anak kita hidup susah serta menderita.

Di luar sana, ramai gadis-gadis mengandung anak luar nikah hasil daripada perbuatan keji meraka. Gadis-gadis ini sanggup membuang dan membunuh bayi yang baru di lahirkan. Sangat menyedihkan. Gadis-ganis ini langsung tidak berperikemanusiaan. Tidak terfikir kah mereka ini semasa melahirkan bayi tersebut sebagai mana ibu gadis-gadis itu melahirkan mereka ke dunia ini ? Orang-orang seperti ini patut dimandulkan sampai bila-bila supaya tidak mempunyai zuriat.

No comments:

Post a Comment